DANA WAKAF MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN AL-FAQEH, KUALA KRAI, KELANTAN
Jom Berwaqaf Untuk Generasi Ummah
GANJARAN WAKAF HARTA DI JALAN ALLAH
Di dalam al-Quran menyebut ganjaran secara umum bagi setiap harta yang dikeluarkan ke jalan Allah termasuk berwakaf, sepertimana di dalam surah al-Baqarah ayat 261 yang bermaksud :
"Perumpamaan bagi orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah SWT akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya."
Di dalam hadis pula, daripada Abu Hurairah R.A. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, " Apabila mati seseorang anak Adam, akan terhentilah amalannya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakan untuknya." (Hadis riwayat Muslim)
Hadis ini memberi gambaran kelebihan ciri-ciri berwakaf walaupun secara zahir perkataan 'wakaf' tidak disebut tetapi para ulama mengatakan berwakaf termasuk didalam maksud sedekah jariah.
LATAR BELAKANG MAAHAD
Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Faqeh yang terletak di Kampung Lepan Jenut, Mukim Manik Urai, Kuala Krai, Kelantan, memerlukan RM 10.5 Juta bagi menampung kos pembinaan dan pengurusan Maahad Tahfiz Al-Quran AL-Faqeh ini.
TUJUAN DANA
Dana tersebut akan digunakan untuk urusan pembinaan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Faqeh dan sistem pengajian yang dicadangkan adalah :-
- Pusat Tahfiz Al-Quran dan Fardhu Ain
- Kelas Pengajian A-Quran Umum/Dewasa
PILIHAN KAEDAH SUMBANGAN YANG DISEDIAKAN
a) Sumbangan secara manual (terus ke akaun bank Maahad Tahfiz)
Sekiranya anda ingin berwakaf secara manual, di bawah ini kami sertakan maklumat akaun bank Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Faqeh :-
NO. AKAUN MAYBANK : 553029633014
MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN AL-FAQEH
b) Sumbangan secara online
- Pilih pakej wakaf anda pada borang di bawah.
- Masukkan nama, emel, no.tel dan alamat anda.
- Pilih perbankan dalam talian untuk pembayaran secara online.
- Klik butang "Teruskan ke Pembayaran".
- Pilih online banking anda (Cimbclicks, Maybank2u, etc) untuk selesaikan proses sumbangan anda.
Makluman:
- Bagi pembayaran menggunakan payment gateway Toyyibpay, caj tambahan RM1 akan dikenakan.
- Jika ada sebarang pertanyaan atau maslah untuk mengisi borang, sila hubungi 011-5850 8062.
- Sebahagian daripada kutipan dana akan digunakan untuk Kos Pengurusan dan Operasi.