LATAR BELAKANG

Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Faqeh dicadangkan untuk dibina di tanah yang telah diwakafkan oleh Majlis Agama Islam dab Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) yang beralamat di Lot 823, Kampung Lepan Jenut, Mukim Manik Urai, Jajahan Kuala Krai, 18000 Kuala Krai, Kelantan (Belakang Caltex, Cabang 3 Sungai Sok). Tapak Maahad Tahfiz ini berada di kawasan tanah tinggi (berbukit) yang mana pemandangannya sangat menarik.

Kos pembinaan dan pengurusan Maahad Tahfiz ini dianggarkan berjumlah RM10.5 Juta.

Pembinaan Maahad Tahfiz ini berkonsepkan Teknikal & Vokasional yang dijangka dapat melahirkan lebih ramai tahfiz yang berjaya.
Maahad Tahfiz ini dianggarkan boleh menempatkan 350-450 orang pelajar dan kakitangan dalam satu-satu masa.



LOKASI TAPAK PEMBINAAN MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN AL-FAQEH

        

CADANGAN SISTEM PENGAJIAN

Pusat Tahfiz Al-Quran dan Fardhu Ain

  • Akan dilaksanakan secara sepenuh masa
  • Terbuka kepada semua pelajar lepasan sekolah rendah di Malaysia, keutamaan kepada pelajar tempatan
  • Khusus kepada pelajar lelaki sahaja pada peringkat awal dan akan dibuka kepada pelajar perempuan setelah semua kemudahan asas mencukupi

Kelas Pengajian Al-Quran Umum/Dewasa

  • Masa pengajian tidak sepenuh masa, mengikut kesesuaian semasa
  • Terbuka kepada semua tetapi fokus kepada penduduk setempat
  • Tiada kemudahan tempat tinggal disediakan

CADANGAN PEMBINAAN

Fasa pertama : (sedang berjalan, memerlukan RM100,000)
  1. Kerja-kerja meratakan tapak.
  2. Menaiktaraf jalan keluar masuk (pembinaan laluan masuk berbatu dari jalan utama Kuala Krai - Gua Musang ke lokasi sepanjang 600 meter dan binaan longkang).

Fasa kedua :

  1. Membina sebuah masjid/madrasah.
  2. Sebuah bangunan bertingkat (minima 3 tingkat) untuk kemudahan tempat belajar, tempat tinggal pengajar, tempat tinggal pelajar, dan dewan makan.

DOKUMEN-DOKUMEN YANG BERKAITAN DENGAN MAAHAD TAHFIZ



PILIHAN KAEDAH SUMBANGAN YANG DISEDIAKAN

a) Sumbangan secara manual (terus ke akaun bank Maahad Tahfiz)

Sekiranya anda ingin berwakaf secara manual, di bawah ini kami sertakan maklumat akaun bank Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Faqeh:-

MAYBANK : 553029633014

MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN AL-FAQEH

b) Sumbangan secara online

  1. Pilih pakej wakaf anda pada borang di bawah.
  2. Masukkan nama, emel, no.tel dan alamat anda.
  3. Pilih perbankan dalam talian untuk pembayaran secara online.
  4. Klik butang "Teruskan ke Pembayaran".
  5. Pilih online banking anda (Cimbclicks, Maybank2u, etc) untuk selesaikan proses sumbangan anda.

Makluman:

  1. Bagi pembayaran menggunakan payment gateway Toyyibpay, caj tambahan RM1 akan dikenakan.
  2. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk mengisi borang, sila hubungi 011-5850-8062.
  3. Sebahagian daripada kutipan dana akan digunakan untuk Kos Pengurusan dan Operasi.

Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Pakej A - Sumbangan Wakaf - RM500
Pakej B - Sumbangan Wakaf - RM300
Pakej C - Sumbangan Wakaf - RM100
Pakej D - Sumbangan Wakaf - RM50
Pakej E - Sumbangan Wakaf - RM30
Pakej F - Sumbangan Wakaf - RM10
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN