Akaun maahadtahfizalfaqeh.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
[ WAKAF PEMBINAAN MASJID DAN MAAHAD TAHFIZ ]
SUDAHKAH ANDA MEMBINA MAHLIGAI DI SYURGA HARI INI...?
Kalau sudah, Syukur alhamdulillah!!

Kalau belum, Jom bersama kami menjayakan kempen "BINA 1 MAHLIGAI DI SYURGA" dengan berinfaq dan berwakaf untuk pembinaan Masjid dan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Faqeh


Sabda Rasulullah SAW : "Barang siapa yang membina masjid kerana Allah SWT, walaupun hanya sebesar sarang burung atau lebih kecil daripada itu, maka Allah SWT akan bangunkan baginya rumah di Syurga." (HR. Ibnu Majah)

~ Bantu agama Allah, Allah akan bantu kamu ~

Alihkan sebahagian harta kita di DUNIA ke AKHIRAT sebelum mata terpejam selama-lamanya.


Alangkah beruntungnya Tuan/Puan kerana dapat bersama kami hari ini, menyediakan fasiliti terbaik untuk pelapis Al-Quran Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Faqeh yang bertempat di Lot 823, Kg Lepan Jenut, Mukim Manik Urai, 18000 Kuala Krai, Kelantan.

Maahad Tahfiz ini kami sekalikan pembinaannya bersama-sama sebuah Masjid bagi memudahkan anak-anak tahfiz dan penduduk setempat untuk lakukan aktiviti agama.

Alhamdulillah, tanah wakaf seluas 3 ekar yang sudah diratakan kini hanya tunggu masa untuk masuk fasa pertama iaitu bina tapak binaan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Faqeh. Namun kami menghadapi kekangan dana bagi menyiapkan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Faqeh ini. Kekurangan dana boleh melambatkan proses pembinaan dan paling teruk boleh tergendala.

Oleh itu, kami memohon dan membuka peluang ini untuk Tuan/Puan menambah saham akhirat dan pahala yang berterusan dengan berinfaq & berwakaf bagi pembinaan Maahad Tahfiz ini.

Bagi mencukupi dana RM 10.5 Juta untuk pembinaan Maahad Tahfiz ini sepenuhnya tanpa tergendala pada tahun 2024. InshaAllah...

"Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada ALLAH, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka ALLAH akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak."
Surah Al-Baqarah : ayat 245

LOKASI PEMBINAAN MAAHAD TAHFIZ



TUJUAN DANA DIPERLUKAN



PILIHAN KAEDAH SUMBANGAN YANG DISEDIAKAN

a) Sumbangan secara manual (terus ke akaun bank Maahad Tahfiz)
Sekiranya anda ingin berwakaf secara manual, di bawah ini kami sertakan maklumat akaun bank Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Faqeh:-

553029633014
MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN AL-FAQEH

b) Sumbangan secara online
  1. Pilih pakej sumbangan yang anda inginkan pada borang di bawah.
  2. Masukkan nama, e-mail no.telefon dan alamat anda.
  3. Pilih perbankan dalam talian untuk pembayaran secara online.
  4. Klik butang "Teruskan ke Pembayaran".
  5. Pilih online banking anda (Cimbclicks, Maybank2u, etc) untuk selesaikan proses sumbangan anda.

Makluman:

  1. Bagi pembayaran menggunakan payment gateway Toyyibpay, caj tambahan RM1 akan dikenakan.
  2. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk mengisi borang, sila hubungi 011-5850 8062.
  3. Sebahagian daripada kutipan dana akan digunakan untuk Kos Pengurusan dan Operasi.